Friday, June 29, 2012

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI ANJURAN MAJLIS PENGAKAP KELANA SEREMBAN TIMUR













Tahniah cikgu ucapkan kepada barisan tertinggi Majlis Pengakap Kelana Negeri Sembilan merangkap Pengakap Kelana Seremban Timur. Tahniah sdr Faries, Hafyz, Bashirah dan Farah serta semua yang menjayakan. Terima kasih juga kerana menjemput pengakap kelana dari sekolah-sekolah.

Kami tiba di Dataran Teluk Kemang jam 8.45 pagi, terus ber-aerobik. Lepas tu diberi taklimat dan diberikan zon untuk aktiviti pembersihan. Pukul 11pagi majlis perasmian.  Minta maaf kepada Bashirah dan Farah, tak dapat stay sampai petang untuk games. Cikgu terpaksa ke Melaka pula ambil pelajar Kelab 1 Malaysia yang berkursus.

Apapun, diharap teruskan usaha menyemarakkan pengakap di negeri sembilan, kami di Jempol menyokong penuh!

Published with Blogger-droid v2.0.4

PERKHEMAHAN PERTANDINGAN PENGAKAP NEGERI SEMBILAN








Pengakap Jempol menang 5 kategori iaitu:

1. Keseluruhan Tapak Perkhemahan Terbaik (Lelaki)

2. Keseluruhan Tapak Perkhemahan Terbaik (perempuan)

3. Tempat kedua Kawad Kaki Pengakap Remaja (perempuan)

4. Tempat ketiga Masakan Rimba Pengakap Muda (lelaki)

5. Tempat ketiga Menara glasshour Pengakap Remaja.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar dari SMK BATU KIKIR (MODEL KHAS), SMK SERI PERPATIH, SMK PALONG 7, SMK PALONG 11, SMK SERI JEMPOL tak lupa juga kepada guru-guru Pemimpin Pengakap, jurulatihPengakap merangkap Penolong-penolong Pesuruhjaya Pengakap Jempol

Published with Blogger-droid v2.0.4

EKSPEDISI BERKERETAPI KE TAMAN NEGARA MERAPOH PAHANG


Ada dua perkara yang jadi minat cikgu. Pertama, mestila seni dan kedua, pengakap! Tapi minat dua perkara nipun, dh sibuk sepanjang tahun. Cuti sekolah dua minggu tahun ni, habis kat pengakap ja. Kalau tahun lepas, sibuk layan anak murid tak siap kerja kursus, tahun ni tak mau lg. Minggu pertama jaga budak-budak pengakap semasa Jambori Negeri Sembilan JAMNES X selama 4hari. Minggu kedua bawa budak pengakap Jempol dan anak-anak naik keretapi ke Taman Negara Merapoh, Pahang.

Tempat dia awesome tambahan pula pihak PERHILITAN ada sediakan aktiviti untuk eko-pelancongan. Kami seramai 52 orang dibawa ke Sanctuary Kelah di Sg. juram naik 4WD (hilux). Gila kentang kat situ boleh main-main dengan ikan kelah yang besar-besar tu. Cikgupun first time dengar pasl ikan kelah ni, rupanya sangat mahal di pasaran mencecah ratusan ringgit sekilogram! Tapi sayangnya tak boleh tangkap untuk digoreng masak tiga rasa sebab di sana ikan kelah dilindungi oleh PERHILITAN.