Tuesday, February 3, 2015

TATACARA PENDAFTARAN KEAHLIAN 2015




1. MUAT TURUN BORANG KEAHLIAN
     a. PKK/PM/PR (PPM1A) atau
     b. BORANG KEAHLIAN BAGI AHLI DEWASA dan
     c. BORANG UNTUK DIHANTAR KE DAERAH PPM 2A   di sini

2. EDAR KEPADA AHLI DAN KUTIP SEMULA BORANG BESERTA BAYARAN
    PENDAFTARAN

3. LENGKAPKAN BORANG PPM 2A yang telah dimuat turun

4. BANK IN BAYARAN PENDAFTARAN DI MANA-MANA CAWANGAN RHB BANK, NO AKAUN

 ATAU CEK ATAS NAMA        "MAJLIS PENGAKAP DAERAH JEMPOL" . CEK DIPOS ATAU DIHANTAR TERUS
U/P: NORAIDA AHMAD d/a SMK      BATU KIKIR (MODEL KHAS), 72200 BATU KIKIR.

5. EMEL KEPADA
noraidasmkbk@gmail.com
    1. GAMBAR SLIP BAYARAN /CEK DENGAN         CATATAN NAMA SEKOLAH ANDA
    2. BORANG PPM 2A SAHAJA

6. BORANG KEAHLIAN PPM 1A/1B TIDAK PERLU DIHANTAR. SIMPAN DI DALAM FAIL        UNIT BERUNIFORM PENGAKAP DI SEKOLAH ANDA.


    KERJASAMA DARIPADA TUAN/PUAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH






Saturday, April 6, 2013

SKIM LATIHAN KEPIMPINAN MANIKAYU PENERANGAN

Bagi guru-guru yang baru menceburi dunia kepengakapan sebab kena jadi cikgu pengakap di sekolah, menghadiri kursus manikayu penerangan ini amat berbaloi. Kalau dah jadi cikgu pengakap, kenalah tahu sejarah, tujuan dan dasar kepengakapan,  barulah boleh hidupkan aktiviti pengakap di sekolah. Itupun, kursus sehari ni tak cukup untuk kita mendalami kemahiran-kemahiran pengakap.
Kursus pengenalan manikayu peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung pada 6 April 2013 di SMK Tunku Besar Tampin.
























Wednesday, February 27, 2013

Perkhemahan Lencana Usaha

Pada 22-24 Februari bertempat di SMK Palong 7, telah berlangsung Perkhemahan Lencana Usaha yang dikelolakan oleh Pasukan Pengakap Palong 7. Selain daripada ahli-ahli pengakap SMK Palong 7, beberapa buah sekolah di daerah Jempol telah dijemput sama menyertai perkhemahan tersebut iaitu ahli-ahli pengakap dari SMK Batu Kikir (Model Khas), SMK Seri Perpatih, SMK Datuk Mansor dan SMK Bandar Baru Serting.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perkhemahan. Di antara aktiviti mengikut skim lencana usaha adalah peserta memasak makanan mereka sendiri menggunakan kayu api, pertolongan cemas, ikatan dan gajet serta kembara lasak dan malam persembahan. Kesemua aktiviti dipertandingkan dan kumpulan pemenang menerima hadiah berupa hamper..