Friday, June 29, 2012

EKSPEDISI BERKERETAPI KE TAMAN NEGARA MERAPOH PAHANG


Ada dua perkara yang jadi minat cikgu. Pertama, mestila seni dan kedua, pengakap! Tapi minat dua perkara nipun, dh sibuk sepanjang tahun. Cuti sekolah dua minggu tahun ni, habis kat pengakap ja. Kalau tahun lepas, sibuk layan anak murid tak siap kerja kursus, tahun ni tak mau lg. Minggu pertama jaga budak-budak pengakap semasa Jambori Negeri Sembilan JAMNES X selama 4hari. Minggu kedua bawa budak pengakap Jempol dan anak-anak naik keretapi ke Taman Negara Merapoh, Pahang.

Tempat dia awesome tambahan pula pihak PERHILITAN ada sediakan aktiviti untuk eko-pelancongan. Kami seramai 52 orang dibawa ke Sanctuary Kelah di Sg. juram naik 4WD (hilux). Gila kentang kat situ boleh main-main dengan ikan kelah yang besar-besar tu. Cikgupun first time dengar pasl ikan kelah ni, rupanya sangat mahal di pasaran mencecah ratusan ringgit sekilogram! Tapi sayangnya tak boleh tangkap untuk digoreng masak tiga rasa sebab di sana ikan kelah dilindungi oleh PERHILITAN.



No comments:

Post a Comment