Pada 11-17 Disember 2012, seramai 11 orang ahli pengakap dan 2 orang guru dari Daerah Jempol telah menyertai LISJAROM di Langkawi. Bersama-sama kontinjen Jempol adalah ahli-ahli pengakap dari SMK King George Seremban (KGV) dan dari Seremban Timur.
Pramuka Indonesia sentiasa bergerak di dalam satu troop dan mempersembahkan lagu-lagu pengakap dengan gaya yang sangat menarik. Mereka ini menjadi sumber hiburan kepada pengakap Malaysia.
Saudari Hidayah (Pengakap Kelana SMK Batu Kikir) sedang menerima arahan daripada petugas LISJAROM.
Lawatan oleh Ketua Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Negeri Sembilan ke camp site Negeri Sembilan.
Persembahan oleh pengakap N9.. bangga..
Antara pemimpin yang mengiringi adalah Puan Zarina Hamid dari SMK Palong 7 dan Puan Noraida Ahmad dari SMK Batu Kikir... sedang berbincang nak pergi ke Jambori Sabah 2013 di atas puncak Gunung Mat Cincang
Pintu Gerbang Pramuka
Puan Noraida berganmbar bersama pemimpin dari Sri Lanka
Aktiviti Physical Training setiap pagi oleh Kontinjen Negeri Sembilan dipuji di LISJAROM. Terima kasih Tuan OD!
Di antara aktiviti di Pantai Kok
Pantai Kok
Pantai Kok
bersama pengakap dari Negeri Kedah. Depa ni telah ke Batu Kikir pada awal 2012. Kaki jalan juga yaa..Pasai tu suka pengakap kut.
Pramuka punya.
Cikgu Zarina bersama pengakap Sri Lanka ya..
Lagi Pramuka. Dia orang ni dari sekolah pondok, pesantren gitu.Yang pasti solat jemaah tak tinggal... respect gitu.
Lawatan kami ke Pengkalan TUDM di Langkawi disambut mesra oleh Tuan Sukhbir. Siapa yang berminat nak jadi macam Tuan Sukhbir, kena dapatkan 7A dalam SPM ya.
Tuan Sukhbir menerangkan mengenai jenis bendera yang digunakan untuk berkomunikasi di laut. Dalam pengakap pun ada bendera jugak, kalau nak tahu kena pergi Jambori On The Air (JOTA)
Kontinjen Negeri Sembilan di atas kapal KD Perantau.
Cita-cita saya nak bawa speed boat ni satu hari nanti..
Inilah kapal terbaik di Malaysia.
Ada pula pameran Maritime khas untuk peserta LISJAROM.
Rugi sapa tak mai.. bisik Puan Shima, pemimpin dari SK Bandar Baru Serting
Inilah rumah Mahsuri di Langkawi
Langkawi merupakan salah satu tempat di dunia di mana helang akan berkumpul.
Ni woggle, bukan cincin
Lagi koleksi woggle
Inilah banner LISJAROM. Jumpa lagi 2014!
No comments:
Post a Comment