Pada 7 Julai 2012 (Sabtu) , Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol (ADC Jempol) Noraida Ahmad beserta 3 orang Pengakap Jempol berlepas ke Unit Ko-Kurikulum JPNS Seremban untuk bersama-sama dengan 17 lagi ahli Pengakap dari seluruh Negeri Sembilan bagi menyertai Jambori Sempadan Thailand-Malaysia-Indonesia. 3 orang pelajar tersebut adalah Sdri Aqilah dan Izzudin dari SMK Palong 7 dan Ishkandar dari SMK Seri Jempol.
Kontinjen Negeri Sembilan terdiri daripada 2 orang pemimpin pengakap iaitu ADC Seremban Timur En. Mohd. Hami dan ADC Jempol Pn Noraida Ahmad bersama-sama dengan 20 orang ahli Pengakap dari seluruh Negeri Sembilan. Dari Seremban, Kontinjen N9 bergerak ke Pusat Ko-Kurikulum (PUSAKO) Pulau Pinang di Bukit Mertajam dan tiba pada jam 4 petang. Di PUSAKO Pulau Pinang ini, kontinjen-kontinjen dari 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur berkumpul untuk latihan pusat sehingga 8 Julai (Ahad). Keseluruhan Kontinjen Malaysia yang berkumpul di PUSAKO Pulau Pinang adalah seramai 330 orang termasuk pelajar dan guru-guru Pengakap.
Pada tahun ini, Pengakap Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah kepada Kontinjen Malaysia. Pada 9 Julai (Isnin), Kontinjen Malaysia (KM) bergerak ke Pakbang Scout Camp di Satun Province, Thailand. Perjalanan melalui Wan Kelian di Perlis mengambil masa kira-kira 5 jam untuk tiba. Setelah tiba di Imigresen Thailand, perjalanan Kontinjen Malaysia telah diiringi (escort) oleh kereta peronda polis Thailand. KM disambut mesra dengan barisan pemimpin pengakap dan ahli pengakap Thailand.
|
Kontinjen Negeri Sembilan |
|
Kontinjen Malaysia bersiap sedia untuk ke Pakbang Scout Camp Thailand |
|
Pramuka Indonesia (pengakap) juga menyertai kami di Pulau Pinang untuk sama-sama ke Jambori TMI |
|
Pengakap di Thailand bersalaman menggunakan tangan kiri. |
|
Pengakap dari wilayah selatan Thailand
|
Hari Pertama berlalu dengan sambutan, jamuan dan menyediakan tapak perkhemahan. Pada hari kedua (selasa), diadakan raptai perbarisan pada sebelah pagi dan upacara Perasmian Pembukaan pada sebelah petangnya. Perasmian Pembukaan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ketiga-tiga buah negara yang menyertai dan ahli-ahli Pengakap menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada Lagu Kebangsaan tiga negara ini. Laungan AUM! kerap berkumandang bermaksud SEDIA! dan acara perasmian berlangsung dalam suasana persahabatan dan patriotik.
Hari ketiga (Rabu) hingga kelima (Jumaat) dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kepengakapan yang disediakan oleh tuan rumah, Thailand. Aktiviti dijalankan terbahagi kepada68 bahagian iaitu Water Sport, Adventure, Visual Education, Pioneering, ASEAN Study dan Hiking. Menakjubkan bila semua peralatan asas untuk aktiviti hanya dibuat menggunakan kayu dan tali termasuklah menara untuk flying fox! Paling best bila flying fox berakhir dengan peserta akan masuk ke dalam air.
Aktiviti pioneering memang sukar buat peserta Malaysia . Mereka perlu menyediakan Menara Hourglass dan Menara Tinjau dalam masa yang ditetapkan. Tahniah peserta Malaysia kerana dapat menyiapkan aktiviti pioneering!
|
Berkumpul sebelum aktiviti dimulakan |
|
Dia natara aktiviti dalam Water Sport. Air sangat dalam dan peserta betul-betul bergantung kepada life jacket dan tali. Menjerit-jerit peserta perempuan kerana kaki tidak jejak tanah! |
|
Water Sports |
|
Peserta dari ketiga-tiga negara digabungkan dalam kumpulan A hingga F |
|
taklimat sebelum aktiviti |
|
Aktiviti Tarzan, peserta perlu bergayut pada tali dan melompat ke dalam tiub tayar yang disediakan |
|
Peserta Hiking melalui kawasan water sport |
|
Pintu Gerbang ke aktiviti water sport |
|
Tiang bendera guna buluh dan tali sahaja. Tiada besi dan plastik. Jimat sungguh! |
No comments:
Post a Comment