Friday, June 29, 2012

Gambar korang di Taman Negara Merapoh






Bila  sebut Taman Negara, semua ingat yang dekat Kuala Tembeling tu. Kena naik bot nak pegi sana.  Sebenarnya, Taman Negara kita sngat luas, meliputi negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu. Tarikannya adalah GunungTahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Taman Negara Merapoh terletak ke utara Pahang, dah nak sampai ke Gua Musang Kelantan.
Kami naik keretapi ekspres dari stesen Bahau dan turun di stesen Merapoh perjalanan lebih empat jam. Naik keretapi yang menyebabkan ramai nak ikut ekspedisi ni, he he. Maklum, masing-masing tak pernah rasa naik keretapi...

Tiba di stesen Merapoh, kami dijemput dengan beberapa buah hilux dan ada yang diubahsuai sebagai kenderaan penumpang. Lebih kurng 10 minit, kami sampai ke tempat penginapan.. Laa.. cantiknya tempat, bukan dalam hutan pun.  Pelajar ditempatkan di asrama bersama cikgu Zarina dan cikgu Azizul (asing la lelaki dan pompuan). Oleh kerana bawa famili, cikgu, cikgu Aliza dan cikgu Said menyewa chalet ber-aircond! Ingat dlm hutan tak ada air-cond?

Tempat ni diswastakan dari segi penginapan dan makanan tetapi semua aktiviti di urus oleh PERHILITAN. Sebelah malam kami ditaklimat oleh pegawai PERHILITAN, En. Basir yang cool. Memang hebat la dia orang ni kerja, tak payah pergi bercuti sebab selalu bawa orang bercuti, kira cuti sekali la tu. 

Pendek cerita, kalau panjangpun bukan korang nak baca, sepanjang 2hari di sana kami
dibawa beraktiviti di antaranya; #bermain dengan ikan kelah #tubing - naik tiub tayar menyusuri sungai #orienteering- belajar guna kompas #survival- demonstrasi survive dlm hutan #night safari Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang disediakan seperti jungle tracking, daki gunung Tahan, skodeng burung (ala2 night safari dn bnyk lagi. Tapi apakan daya, hanya dua hari kami di sana. Apapun, simpan duit dari sekarang sebab tahun depan nak pergi lagi. Kos setiap orang hanya RM150 sahaja siap makan sekali!

















No comments:

Post a Comment