Wednesday, February 27, 2013

Perkhemahan Lencana Usaha

Pada 22-24 Februari bertempat di SMK Palong 7, telah berlangsung Perkhemahan Lencana Usaha yang dikelolakan oleh Pasukan Pengakap Palong 7. Selain daripada ahli-ahli pengakap SMK Palong 7, beberapa buah sekolah di daerah Jempol telah dijemput sama menyertai perkhemahan tersebut iaitu ahli-ahli pengakap dari SMK Batu Kikir (Model Khas), SMK Seri Perpatih, SMK Datuk Mansor dan SMK Bandar Baru Serting.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perkhemahan. Di antara aktiviti mengikut skim lencana usaha adalah peserta memasak makanan mereka sendiri menggunakan kayu api, pertolongan cemas, ikatan dan gajet serta kembara lasak dan malam persembahan. Kesemua aktiviti dipertandingkan dan kumpulan pemenang menerima hadiah berupa hamper..