Sunday, July 15, 2012

Jambori Sempadan Thailand-Malaysia-Indonesia

      Pada 7 Julai 2012 (Sabtu) , Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol (ADC Jempol) Noraida Ahmad beserta 3 orang Pengakap Jempol berlepas ke Unit Ko-Kurikulum JPNS Seremban untuk bersama-sama dengan 17 lagi ahli Pengakap dari seluruh Negeri Sembilan bagi menyertai Jambori Sempadan Thailand-Malaysia-Indonesia. 3 orang pelajar tersebut adalah Sdri Aqilah dan Izzudin dari SMK Palong 7 dan Ishkandar dari SMK Seri Jempol.

     Kontinjen Negeri Sembilan terdiri daripada 2 orang pemimpin pengakap  iaitu ADC Seremban Timur En. Mohd. Hami dan ADC Jempol Pn Noraida Ahmad bersama-sama dengan 20 orang ahli Pengakap dari seluruh Negeri Sembilan. Dari Seremban, Kontinjen N9 bergerak ke Pusat Ko-Kurikulum (PUSAKO) Pulau Pinang di Bukit Mertajam dan tiba pada jam 4 petang. Di PUSAKO Pulau Pinang ini, kontinjen-kontinjen dari 11 negeri di Semenanjung Malaysia dan Kuala Lumpur berkumpul untuk latihan pusat sehingga 8 Julai (Ahad). Keseluruhan Kontinjen Malaysia yang berkumpul di PUSAKO Pulau Pinang adalah seramai 330 orang termasuk pelajar dan guru-guru Pengakap.

       Pada tahun ini, Pengakap Pulau Pinang telah menjadi tuan rumah kepada Kontinjen Malaysia. Pada 9 Julai (Isnin), Kontinjen Malaysia (KM)  bergerak ke Pakbang Scout Camp di Satun Province, Thailand. Perjalanan melalui Wan Kelian di Perlis mengambil masa kira-kira 5 jam untuk tiba. Setelah tiba di Imigresen Thailand, perjalanan Kontinjen Malaysia telah diiringi (escort) oleh kereta peronda polis Thailand. KM disambut mesra dengan barisan pemimpin pengakap dan ahli pengakap Thailand.


Kontinjen Negeri Sembilan

Kontinjen Malaysia bersiap sedia untuk ke Pakbang Scout Camp Thailand

Pramuka Indonesia (pengakap) juga menyertai kami di Pulau Pinang untuk sama-sama ke Jambori TMI

Pengakap di Thailand bersalaman menggunakan tangan kiri.

Pengakap dari wilayah selatan Thailand




             Hari Pertama berlalu dengan sambutan, jamuan dan menyediakan tapak perkhemahan. Pada hari kedua (selasa), diadakan raptai perbarisan pada sebelah pagi dan upacara Perasmian Pembukaan pada sebelah petangnya. Perasmian Pembukaan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan ketiga-tiga buah negara yang menyertai dan ahli-ahli Pengakap menunjukkan rasa hormat yang tinggi kepada Lagu Kebangsaan tiga negara ini. Laungan AUM! kerap berkumandang bermaksud SEDIA! dan acara perasmian berlangsung dalam suasana persahabatan dan patriotik.




          
      Hari ketiga (Rabu) hingga kelima (Jumaat) dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kepengakapan yang disediakan oleh tuan rumah, Thailand. Aktiviti dijalankan terbahagi kepada68 bahagian iaitu Water Sport, Adventure, Visual Education, Pioneering, ASEAN Study dan  Hiking. Menakjubkan bila semua peralatan asas untuk aktiviti hanya dibuat menggunakan kayu dan tali termasuklah menara untuk flying fox! Paling best bila flying fox berakhir dengan peserta akan masuk ke dalam air. 

     Aktiviti pioneering memang sukar buat peserta Malaysia . Mereka perlu menyediakan Menara Hourglass dan Menara Tinjau dalam masa yang ditetapkan. Tahniah peserta Malaysia kerana dapat menyiapkan aktiviti pioneering!

Berkumpul sebelum aktiviti dimulakan

Dia natara aktiviti dalam Water Sport. Air sangat dalam dan peserta betul-betul bergantung kepada life jacket dan tali. Menjerit-jerit peserta perempuan kerana kaki tidak jejak tanah!


Water Sports

Peserta dari ketiga-tiga negara digabungkan dalam kumpulan A hingga F

taklimat sebelum aktiviti


Aktiviti Tarzan, peserta perlu bergayut pada tali dan melompat ke dalam tiub tayar yang disediakan

Peserta Hiking melalui kawasan water sport

Pintu Gerbang ke aktiviti water sport

Tiang bendera guna buluh dan tali sahaja. Tiada besi dan plastik. Jimat sungguh!


       

Thursday, July 5, 2012

PROSES PENGHASILAN MENARA HOURGLASS

Salah satu pertandingan semasa Perkhemahan Pertandingan Pengakap Peringkat Negeri Sembilan 2012 yang lalu, adalah projek membina menara 'hourglass' atau menara tinjau. Pengakap Remaja dari SMK Seri Perpatih, SMK Palong 7 dan 11, SMK Batu Kikir (Model Khas) di bawah bimbingan Cikgu Shahrizal dari SMK Seri Perpatih berlatih membina menara ini sebelum dibuka semula untuk pertandingan.
Langkah 1: sediakan kayu jenis akasia .  Jadikan 2 tripod tetapi saiznya telah ditetapkan. Cikgu tak ada pula lakaran  untuk saiz , boleh google kut.


Kedua-dua tripod digabungkan. Berpeluh nak seimbangkan tripod atas tu, lepas tu nak kena ikat pulak.

Cikgu Shahrizal memberi taklimat lagi
Perhatikan sebelah kiri gambar

Tu dia, syarat pertandingan kena ada Pengakap Remaja perempuan,  ini ja la yang diaorang pandai buat, tarik tali untuk seimbangkan tripod sblm diikat. 

Bila dah siap tu, bolehlah posing ramai-ramai.  Nampak tak ada pelantar, yang tu pasang last sekali.   Dlm pertandingan,  menara tinjau ni dapat nombor tiga ; Tahniah .

Sebanarnya ada banyak gambar, tapi bila cikgu upload, gambar terbalik. Blogger android software tak boleh nak rotate gambar. Lain kali cikgu cuba lagi.